Gemuruh Suara

Saturday 23 January 2016

BAHAN RUJUKAN

  • BUKU PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA (OXFORD FAJAR)


KESIMPULAN

Isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek dasar luar Malaysia, alam sekitar serta pembangunan modal insan merupakan perkara-perkara yang diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan ini. Hal ini memandangkan aspek-aspek inilah yang menjadi antara penentu kepada jatuh dan bangun negara bangsa Malaysia pada masa ini dan masa akan datang. Jika negara gagal dalam dasar luar, ekonomi negara mejadi tidak kompetitif, keselamatan negara akan terancam. Jika alam skitar tidak dipelihara, aset negara akan musnah dan jika tidak ada usaha membangunkan modal insan negara akan hilang kedaulatannya.

NAM

Non-Aligned Movement
  • Dikenali sebagai Pergerakan Negara Negara Berkecuali
  • Diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia.
  • Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.
  • Anggotanya terdiri daripada 114 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan
  • Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969.
  • Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat dan Blok Timur
  • NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
Peranan NAM

  • Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota.
  • Menjadi forum bagi negara anggota menyuarakan pendirian berhubungan isu-isu semasa.
  • Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
  • Memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun
  • Mengubah perjuangan NAM dalam hal-hal politik dan ekonomi.
  • Meningkatkan kerjasama dan pemuafakatan dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan.
  • Meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM di mata dunia
Contoh Malaysia dengan NAM

  • Malaysia dilantik menjadi Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun 1989
  • Pada bulan Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan NAM
Pengajaran
  • Penubuhan NAM ini dapat memastikan kedaulatan, kemerdekaan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperielisme, kolonisme, neo-kolonisme, perkauman, pemisahan bangsa dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan diominisi  terhadap kuasa serta kumpulan politik

Friday 22 January 2016

KOMANWEL


  • Ditubuhkan pada tahun 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth yang berpusat di Malborough House, London
  • Keahlian anggota sebanyak 49 buah negara
  • Negara negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan
Negara Negara Komanwel
 Peranan Komanwel
  • Menjaga kebajikan negara anggota Komanwel
  • Meningkatkan kesefahaman dan kejasama politik, sukan, kebudayaan, dan sosial antara negara anggota Komanwel.
  • Menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Apartheid
  • Meningkatkan pembangunan dan ekonomi.
Contoh Malaysia dengan Komanwel
  • Dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM
  • Mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan, pertanian dan lain-lain
  • Mengadakan latihan dengan beberapa buah negara Komanwel
  • Mendapat sokongan dari negara negara maju dalam Komanwel (GSP)
  • Mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan lain-lain
Pengajaran

  • Hubungan baik dengan negara luar sangat penting bagi menjamin keselamatan negara dan kestabilan politik dan hubungan yang erat dengan negara- negara tertentu menyebabkan negara luar tertarik untuk melabur di Malaysia 

OIC

OIC
“Organisation of Islamic Cooperation”
  • Ditubuhkan pada 1971 atas cadangan Malaysia
  • Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
  • Keanggotaan ahli sebanyak 57 buah negara
  • Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi
Negara negara OIC


Peranan OIC
  • Menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum hakam yang dihidapi oleh umat Islam sejagat
  • Membendung segala unsur jahat yang menindas umat islam di seluruh dunia.
  • Mewujudkan kerjasama dan perpaduan di kalangan anggota dalam aspek ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan
Contoh Malaysia dengan OIC
  • Penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB)
  • Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan
  • Menyokong perjuangan rakyat Palestin
  • Mengutuk dasar penghapusan Etnik di Bosnia
  • Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki
  • Terlibat dalam beberapa jawatankuasa dalam OIC
  • Menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan yang penting
  • Kejayaan besar : Amerika Syarikat dan Britain mengiktiraf Peranan Pertubuhan Persidangan Islam dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin
Pengajaran
  • Hubungan luar negara yang baik menyebabkan Malaysia terkenal di mata dunia. Hasilnya, Malaysia telah dilantik menjadi tuan rumah kepada beberapa persidangan antaranya seperti Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan (1-3 April 2002) dan Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa

ASEAN




ASEAN
“Association Of Southeast Asian Nations” 
  • Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967
  • Dianggotai oleh MALAYSIA, Singapura,Indonesia, Filipina dan Thailand
  • Kemudian diikuti oleh Burma, Vietnam dan lain-lain

Negara Negara Asean
Peranan ASEAN
  • Mempererat hubungan negara negara di Asia Tenggara
  • Memperkukuh perdamaian dan stabilitas serantau
  • Mempercepatkan ketumbuhan ekonomi,kemajuan sosial dan pengembangan kebudayaan di wilayah Asia Tenggara
  • Memperkukuh dasar suatu masyarakat bangsa-bangsa Asia Tenggara yang makmur, aman dan damai.
  • Meningkatkan kerjasama dan saling membantu dalam bidang ,ekonomi, sosial,  kebudayaan, teknik, ilmu pengetahuan dan administrasi
  • Memelihara kerjasama yang erat dan bermanfaat dengan organisasi organisasi internasional dan serantau
  • Meningkatkan penggunaan pertanian, industri, perdagangan, jasa dan meningkatkan taraf hidup
Contoh Malaysia dengan Asean
  • Aspek Keselamatan

  1. Bebas dari persaingan kuasa besar
  2. Bebas dari tenaga nuklear dan menerima konsep SEANFWZ
  • Aspek Ekonomi dan Sosial
  1. Penubuhan jawatankuasa perdagangan dan pelancongan
  2. Penubuhan jawatankuasa pengangkutan dan telekomunikasi
  3. Penubuhan jawatankuasa kebudayaan
  4. Projek Baja Urea
  5. Projek Vaksin Hepatitis B
  • Aspek Sosial dan Kebudayaan
  1. Sukan SEA
  2. Pesta Filem Asean
  3. Pesta kebudayaan Asean
  4. Pertukaran berita dan penyiaran tv
  • Aspek Pelancongan
  1. Program Tahun Melawat Asean
  • Aspek Pendidikan
  1. Tubuhkan persidangan menteri menteri pelajaran Asean (SEAMEO)
  • Aspek Integrasi Ekonomi
  1. Berjaya menghapuskan Tarif ke-11
  • Aspek Kesihatan
  1. Denggi
  2. Hepatitis
  3. Coxsakie B
Pengajaran
  • Setiap negara mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru, Malaysia perlu bijak mengatur strategi bagi memastikan hubungan luar negara memberi faedah kepada pembangunan negara.