Gemuruh Suara

Saturday 13 February 2016

Wednesday 10 February 2016

ISU TENTANG KOMANWEL


Hadiri CHOGM 2013, Malaysia hormati prinsip Komanwel




COLOMBO 17 Nov. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menghadiri Mesyuarat Ketua- ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 di sini atas prinsip menghormati Komanwel dan nilai-nilai yang didokong oleh badan itu.

Najib berkata, beliau mengetuai kerajaan Malaysia pada CHOGM ke-22 di sini kerana Sri Lanka adalah tuan rumah bagi CHOGM kali ini, dan tidak ada kena-mengena dengan isu hak asasi yang dikaitkan dengan negara ini.

"Saya hadir (CHOGM di Sri Lanka) sebagai menghormati Komanwel dan tidak harus disalah fahamkan ada kaitan dengan isu hak asasi kemanusiaan di negara ini.

''Ini adalah mesyuarat CHOGM di Sri Lanka dan bukan mesyuarat CHOGM mengenai Sri Lanka,'' katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan CHOGM di sini, yang berakhir hari ini.

Najib berkata demikian bagi menjelaskan bahawa CHOGM 2013 tidak menyentuh langsung sebarang isu mengenai hak asasi kemanusiaan di Sri Lanka.

CHOGM di sini mencetuskan kontroversi apabila Perdana Menteri Britain, David Cameron yang turut menghadiri CHOGM di sini semalam, mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan Sri Lanka menjalankan penyiasatan bebas berhubung dakwaan jenayah perang semasa tentera Sri Lanka menggempur habis-habisan gerila Pembebasan Harimau Tamil Elam (LTTE) pada 2009.

Cameron memberi amaran, jika kerajaan Sri Lanka gagal menjalankan penyiasatan bebas menjelang Mac 2014, Britain akan mendesak supaya satu penyiasatan antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Ketika ditanya lebih lanjut, Najib berkata, CHOGM 2013 di sini berjalan dengan baik dan berjaya walaupun diselubungi dengan kontroversi.

Kejayaan pertama, katanya, CHOGM berjaya mengukuhkan penghayatan negara-negara anggota Komanwel kepada nilai-nilai utama yang terkandung dalam Piagam Komanwel termasuk prinsip demokrasi, mendokong prinsip undang-undang dan hak asasi manusia.

Kejayaan kedua, katanya, ialah tema CHOGM kali ini iaitu 'Pertumbuhan Saksama: Pembangunan Inklusif' boleh diterjemahkan dalam dasar-dasar domestik negara- negara anggota.

Dalam konteks ini, negara-negara anggota Komanwel boleh bertukar-tukar maklumat, pengalaman serta membuat penambahbaikan di negara masing-masing untuk kebaikan rakyat dan negara masing-masing, tambah beliau.

Najib berkata, kejayaan ketiga ialah negara-negara anggota Komanwel boleh menggunakan CHOGM untuk membawa hasrat dan harapan Komanwel pada persidangan yang lebih besar yang boleh membuat keputusan seperti Persidangan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) di Bali tidak lama lagi.

Kejayaan keempat ialah Komanwel membuktikan ia mampu menjadi pemimpin yang memperjuangkan kepentingan sejagat berhubung isu-isu antarabangsa seperti kemiskinan, pendidikan dan perubahan iklim serta memainkan peranan menentukan masa depan Komanwel dan dunia, katanya.

Perdana Menteri turut mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah CHOGM 2019.

"Malaysia juga akan menjadi tuan rumah bagi dua persidangan besar lain iaitu Sidang Kemuncak ASEAN pada 2015 dan Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2020,'' tambah beliau.

Najib berlepas dari Colombo ke Bangladesh petang ini untuk lawatan selama tiga hari.

CHOGM akan datang pada 2015 akan diadakan di Malta. - UTUSAN

Sumber Rujukan : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131118/dn_02/Hadiri-CHOGM-2013-Malaysia-hormati-prinsip-Komanwel#ixzz3znfVD3tW

ISU TENTANG OIC

OIC gesa tangani isu imigran Bangladesh, Rohingya

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Iyad Ameen Madani, menggesa agar diperbaharui usaha menangani isu pendatang tanpa izin Rohingya dan Bangladesh bagi mengelakkan masalah itu dari menjadi semakin buruk.

OIC dalam satu kenyataan berkata, Madani telah menghubungi negara-negara di rantau ini dan masyarakat antarabangsa bagi melahirkan kebimbangannya terhadap krisis kemanusiaan dan membincangkan cara-cara untuk meringankan penderitaan mereka yang terjejas.

Madani mengambil perhatian bahawa situasi itu mengingatkan tentang "kesempitan ditanggung rakyat Rohingya yang dinafikan hak asasi kemanusiaan mereka".

Yang demikian, beliau merayu kepada kerajaan Myanmar agar membuka pintu untuk membolehkan bantuan kemanusiaan sampai kepada masyarakat itu.

Pertubuhan Bangsa Bersatu menyifatkan Rohingya sebagai kumpulan minoriti agama dan linguistik dari bahagian barat Myanmar yang paling terhimpit di dunia.

Namun, menurut laporan, Myanmar enggan mengiktiraf penduduk Muslim yang tinggal di bahagian barat negeri Rakhine sebagai "Rohingya".

Mereka memanggil mereka 'Bengali' yang membayangkan bahawa mereka pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

Di Malaysia, laporan menyatakan bahawa kira-kira 1,158 pendatang tanpa izin Bangladesh dan Rohingya, termasuk kanak-kanak dan wanita mendarat di Langkawi, dikatakan jumlah terbesar pada sekali pendaratan setakat ini.

Indonesia difahamkan memberi perlindungan kepada sekitar 1,500 orang hanyut.

Bangkok memanggil mesyuarat 15 negara 29 Mei ini bertujuan menyelesaikan krisis berkenaan, namun Myanmar membayangkan ia tidak akan hadir. - Bernama


Sumber Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/oic-gesa-tangani-isu-migran-bangladesh-rohingya-1.391586

ISU TENTANG ASEAN



Letupan di Jakarta akan bawa kesan berantai kepada ekonomi - Pakar

KUALA LUMPUR: Insiden letupan bom di Jakarta pada Khamis dijangka akan membawa kesan berantai yang akan terus mengheret turun bursa dan matawang negara itu, yang sudah pun berprestasi negatif sejak kebelakangan ini.

Menurut Ketua Pakar Ekonomi IQI Holdings Sdn Bhd Shan Saeed, ini kerana kestabilan politik dan kestabilan ekonomi berkait rapat antara satu sama lain.

Beliau berkata insiden ini akan memudaratkan elemen paling penting dalam ekonomi sesebuah negara, iaitu keyakinan pelabur.

“Dua faktor sangat penting, pertama adalah keyakinan dan kedua, ketakutan. Letupan yang dilakukan oleh pihak bukan negera ini akan mewujudkan rasa takut dalam ekonomi, pelabur akan gentar dan akan hilang keyakinan kerana kestabilan politik dan kestabilan ekonomi adalah saling berkait,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau juga menambah pada skala lebih makro, ekonomi serantau ASEAN akan turut menerima kesan berantai tersebut bagaimanapun, ianya dijangka hanya bersifat sementara.

“Sentimen kepada rantau ASEAN masih sangat positif dan pasarannya didorong oleh corak kepenggunaan yang kuat.

"Dengan populasi seramai 620 juta orang dan KDNK sebanyak 2.4 trilion dolar Amerika, saya percaya negara-negara di seluruh dunia masih mahu mempunyai hubungan yang kukuh dengan rantau ASEAN dan juga pasarannya,” ujarnya.

Kini, beliau berkata, kerajaan Indonesia berdepan tugas yang lebih sukar untuk mengembalikan keyakinan terhadap ekonomi negara itu dan melonjak semula matawangnya yang berprestasi terburuk di Asia.

“Ya, kejadian hari ini akan terus mengheret turun lagi rupiah Indonesia.

"Kerajaan perlu mengembalikan keyakinan secepat mungkin supaya Indonesia akan terus menerima pelaburan,” katanya.
Beliau berpendapat meningkatkan pembangunan infrastruktur merupakan antara cara paling berkesan bagi kerajaan Indonesia memulihara keyakinan pelabur terhadap ekonominya.



Maklumat Lanjut : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/letupan-di-jakarta-akan-bawa-kesan-berantai-kepada-ekonomi-pakar-89642


video : https://www.youtube.com/watch?v=o8N9_uk3wkY

Saturday 23 January 2016

BAHAN RUJUKAN

  • BUKU PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA (OXFORD FAJAR)


KESIMPULAN

Isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek dasar luar Malaysia, alam sekitar serta pembangunan modal insan merupakan perkara-perkara yang diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan ini. Hal ini memandangkan aspek-aspek inilah yang menjadi antara penentu kepada jatuh dan bangun negara bangsa Malaysia pada masa ini dan masa akan datang. Jika negara gagal dalam dasar luar, ekonomi negara mejadi tidak kompetitif, keselamatan negara akan terancam. Jika alam skitar tidak dipelihara, aset negara akan musnah dan jika tidak ada usaha membangunkan modal insan negara akan hilang kedaulatannya.

NAM

Non-Aligned Movement
  • Dikenali sebagai Pergerakan Negara Negara Berkecuali
  • Diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia.
  • Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.
  • Anggotanya terdiri daripada 114 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan
  • Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969.
  • Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat dan Blok Timur
  • NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
Peranan NAM

  • Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota.
  • Menjadi forum bagi negara anggota menyuarakan pendirian berhubungan isu-isu semasa.
  • Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
  • Memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun
  • Mengubah perjuangan NAM dalam hal-hal politik dan ekonomi.
  • Meningkatkan kerjasama dan pemuafakatan dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan.
  • Meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM di mata dunia
Contoh Malaysia dengan NAM

  • Malaysia dilantik menjadi Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun 1989
  • Pada bulan Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan NAM
Pengajaran
  • Penubuhan NAM ini dapat memastikan kedaulatan, kemerdekaan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperielisme, kolonisme, neo-kolonisme, perkauman, pemisahan bangsa dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan diominisi  terhadap kuasa serta kumpulan politik