Gemuruh Suara

Wednesday 10 February 2016

ISU TENTANG ASEAN



Letupan di Jakarta akan bawa kesan berantai kepada ekonomi - Pakar

KUALA LUMPUR: Insiden letupan bom di Jakarta pada Khamis dijangka akan membawa kesan berantai yang akan terus mengheret turun bursa dan matawang negara itu, yang sudah pun berprestasi negatif sejak kebelakangan ini.

Menurut Ketua Pakar Ekonomi IQI Holdings Sdn Bhd Shan Saeed, ini kerana kestabilan politik dan kestabilan ekonomi berkait rapat antara satu sama lain.

Beliau berkata insiden ini akan memudaratkan elemen paling penting dalam ekonomi sesebuah negara, iaitu keyakinan pelabur.

“Dua faktor sangat penting, pertama adalah keyakinan dan kedua, ketakutan. Letupan yang dilakukan oleh pihak bukan negera ini akan mewujudkan rasa takut dalam ekonomi, pelabur akan gentar dan akan hilang keyakinan kerana kestabilan politik dan kestabilan ekonomi adalah saling berkait,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau juga menambah pada skala lebih makro, ekonomi serantau ASEAN akan turut menerima kesan berantai tersebut bagaimanapun, ianya dijangka hanya bersifat sementara.

“Sentimen kepada rantau ASEAN masih sangat positif dan pasarannya didorong oleh corak kepenggunaan yang kuat.

"Dengan populasi seramai 620 juta orang dan KDNK sebanyak 2.4 trilion dolar Amerika, saya percaya negara-negara di seluruh dunia masih mahu mempunyai hubungan yang kukuh dengan rantau ASEAN dan juga pasarannya,” ujarnya.

Kini, beliau berkata, kerajaan Indonesia berdepan tugas yang lebih sukar untuk mengembalikan keyakinan terhadap ekonomi negara itu dan melonjak semula matawangnya yang berprestasi terburuk di Asia.

“Ya, kejadian hari ini akan terus mengheret turun lagi rupiah Indonesia.

"Kerajaan perlu mengembalikan keyakinan secepat mungkin supaya Indonesia akan terus menerima pelaburan,” katanya.
Beliau berpendapat meningkatkan pembangunan infrastruktur merupakan antara cara paling berkesan bagi kerajaan Indonesia memulihara keyakinan pelabur terhadap ekonominya.



Maklumat Lanjut : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/letupan-di-jakarta-akan-bawa-kesan-berantai-kepada-ekonomi-pakar-89642


video : https://www.youtube.com/watch?v=o8N9_uk3wkY

No comments:

Post a Comment